Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ziha Tersingkir, Peminat Kecewa Nina Masih Bertahan #AF2014

Minggu ke 6 Akademi Fantasia 2014 menyaksikan para pelajar menyanyikan lagu dengan tema ‘Rock’. Fuh~~ Abang Nara memang suka dengan lagu-lagu rock nie. Bukan apa, lagu-lagu yang dipilih seperti Rolling In The Deep, Kerja Gila, Fantasia Bulan Madu dan Layar Impian sememangnya akan mencabar vokal para pelajar AF2014. Abang Nara menaruh harapan untuk melihat persembahan yang mantap terutamanya daripada pelajar-pelajar seperti Nina dan Azwan yang jelas tidak menunjukkan bakat yang ada pada diri mereka dalam minggu-minggu sebelum ini.

nina af2014

Advertisement

Namun bukanlah Akademi Fantasia sekiranya tiada kejutan. Walaupun secara jujur Abang Nara rasa Ella sendiri akan menangis mendengar Nina menyanyikan lagu Layar Impian miliknya, Ziha akhirnya tersingkir kerana mendapat undian yang terendah. Secara jujur, Abang Nara terkejut besar dengan keputusan ini. Apakan daya kesemua ini ditentukan menerusi undian para peminat AF. Ziha terkeluar, Nina masih selamat.

nina af2014

Abang Nara bukanlah benci atau ada motif jahat terhadap Nina. Namun kalau dah 6 minggu persembahan lebih kurang ala kadar dan tak ada peningkatan, memang wajar dipertikaikan bagaimana para pengundi membuat pilihan mereka. Kalau Abang Nara seorang beranggapan sebegini tak apalah juga, namun daripada komentar di Facebook Akademi Fantasia, rata-rata pelik kenapa Nina masih mampu bertahan. Hmmmmm. Mungkin Nina sudah ada peminat-peminatnya yang tersendiri?

nina af2014

Advertisement

nina af2014nina af2014

Mungkinkah minggu hadapan Nina akan terkeluar? Hanya pengundi Akademi Fantasia sahaja yang akan dapat menentukannya. Undian anda adalah penentu segalanya. Apa pun pelajar feveret Abang Nara iaitu Adel semakin menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan setiap minggu. Keep it up Adel. Semoga mampu bertahan sehingga ke minggu akhir kelak. Good luck and all the best.

P.S: Enjin beroperasi tanpa minyak enjin

[flowplayer id=”29852″]

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top