Pembatalan perkahwinan Datuk Hans Isaac bersama ratu cantik, Gabriella Robinson mengejutkan ramai pihak. Hans menerusi kenyataan beliau di Instagram meluahkan rasa kecewa tetapi tidak menyatakan sebab beliau membuat keputusan untuk tidak berkahwin dengan Gabriella.
Gabriella juga tidak memberikan apa-apa kenyataan tetapi ada memuat naik satu status berbaur sinis menerusi Instagram Story beliau.
Ramai yang tertanya adakah status itu berkaitan dengan hubungan beliau dan Hans sehingga putus tunang?
Terdahulu, Hans juga ada memuat naik foto dengan perkataan Never Doubt Your Instinct bersama kapsyen berbunyi “Leopard will never change HER spots ! Time to move on” dan mencetuskan spekulasi yang mungkin ia berkaitan dengan keputusan beliau untuk tidak berkahwin.
Hanya Hans dan Gabriella sahaja tahu sebab mereka tidak dapat meneruskan lagi dengan perancangan perkahwinan mereka. Anggaplah sudah tiada jodoh dan pastinya setiap keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk semua pihak agar tiada konflik lain di masa hadapan.