Kejar Minat Jadi Penyanyi, Syahmi Irfan Tak Menyesal Tinggal Sukan Badminton

Hiburan

Kejar Minat Jadi Penyanyi, Syahmi Irfan Tak Menyesal Tinggal Sukan Badminton

Penyanyi baharu yang kian meningkat naik, Syahmi Irfan mengakui tidak pernah menyesal tinggalkan pasukan Junior Badminton Malaysia pada tahun lalu walaupun bergiat aktif sebagai atlet sukan badminton sejak kecil.

Iqbal Zulkefli
3 years ago

"Saya Akan Buktikan.." - Cari Pencipta Lagu, Iqbal Tawar Bajet Serendah RM500,000

Advertisement

Ujar Syahmi, dia mengambil keputusan tersebut selepas mengambil kira pencapaiannya dalam sukan itu yang semakin merosot dan bukan semata-mata kerana ingin ceburi bidang nyanyian.

Saya berhenti daripada sukan badminton bukan sebab nak menyanyi tapi ketika itu pencapaian saya tak berapa bagus.

Tambah bekas pemain badminton negara itu, dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib dalam industri muzik selepas melihat perjalanannya dalam bidang sukan badminton agak sukar.

Syahmi juga mengakui tidak menyesal dengan keputusannya itu dan berharap dapat menjadi seorang penyanyi yang bagus kerana dia mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Penyanyi baru Syahmi Irfan

Dalam pada itu, pelantun suara untuk lagu Mungkir ini turut memaklumkan bahawa dia sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang sukan.

Orang ingat saya ambil jurusan muzik tapi sebenarnya saya pilih sukan.

Menurut penyanyi berusia 20 tahun itu lagi, dia sememangnya mempunyai perasaan untuk mengambil jurusan muzik tetapi berasa rugi jika tidak teruskan pelajaran dalam bidang sukan kerana sudah banyak tahu tentang bidang itu.

Sekadar info, Syahmi Irfan merupakan pelajar Diploma Sains Sukan dan pernah mengalami kecederaan di bagahian pinggang sebelum ini ketika dalam pasukan badminton negara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...