Pelakon Keith Foo akhirnya telah mengesahkan sudah berkahwin dengan kekasihnya Kim Raymond hampir setahun yang lalu selepas isterinya sendiri mendedahkan status terkini hubungan mereka menerusi majalah EH! Beberapa hari lalu.
Keith berkata beliau tidak pernah merahsiakan hal tersebut tetapi mahu ia menjadi satu perkara yang privasi buat mereka.
Sudah lama kami daftarkan perkahwinan ini. Tak rahsiakan pun. Cuma kami memilih untuk menjadikannya privasi. Saya sendiri tak suka campur adukkan soal kerja dan peribadi dalam satu. Majlis berlangsung di rumah sahaja.
Buat masa ini Keith sedang menjalani penggambaran bagi program Hola Sapin terbitan RTM dan ditemani oleh isterinya Kim.
Isteri pun ikut sama saya ke sini. Saya berada sebulan mengembara untuk rakaman program ini membabitkan tempat menarik di Sepanyol, Saint Tropez, Nice, Santorini, Paris dan London.
Perkahwinan Kim dan Keith bakal diraikan pada penghujung tahun ini di kampung halaman aktor tersebut di Gemas, Negeri Sembilan.
Tahniah kami ucapkan kepada Keith Foo dan isteri semoga bahagia selalu. Wah, bestlah dapat jelajah tempat menarik di Sepanyol, sambil menyelam minum air boleh kira macam honeymoon la kan? Hehe