Keindahan Pulau Tuba Jadi Tarikan Baharu Pelancong

Travel

Keindahan Pulau Tuba Jadi Tarikan Baharu Pelancong

Tidak dinafikan, masyarakat dalam negara dilihat tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman serta bercuti ke luar negeri sejak kebenaran merentas negeri diumumkan oleh kerajaan. Banyak lokasi tumpuan dalam negara untuk bercuti dan melancong kini kembali dibanjiri pelancong.

Seperti yang kita tahu, individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin telah dibenarkan untuk merentas negeri dan bercuti dengan syarat mereka perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Advertisement

Pulau Sipadan
3 years ago

Syurga Penyelam Skuba, Terokai 'Dinding' Bawah Laut Pulau Sipadan

Selain itu, pelancong yang hadir untuk melancong serta bercuti ke losaki pelancongan dalam negara digalakkan untuk melakukan ujian kendiri dahulu sebelum memulakan perjalanan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.

Selami keindahan semula jadi Pulau Tuba

Menurut laporan Astro Awani, terdapat sebuah pulau yang mempunyai potensi untuk menjadi destinasi pelancongan serta dianugerahi dengan pelbagai keindahan semula jadi tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu Pulau Tuba.

Bagi yang tidak pernah mengetahui tentang Pulau Tuba ini, ia adalah sebuah perkampungan nelayan pesisir pantai seluas kira-kira 17 kilometer persegi dengan sekitar 5,000 orang penduduk. Lokasinya terletak sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu.

Untuk sampai ke Pulau Tuba tersebut, pelancong perlu menaiki bot atau feri yang tersedia dengan harga RM10 seorang bagi perjalanan pergi dan balik. Pengunjung kemudiannya boleh menaiki van atau menyewa motorsikal untuk bersiar-siar dan menikmati keindahan panorama perkampungan di pulau tersebut.

Tawaran percutian yang cukup bermakna buat pengunjung

Menurut seorang pemandu pelancong di pulau tersebut bernama Zamri Anuar, dia tidak menafikan fakta di mana pelancong lebih mengenali Pulau Langkawi jika nak dibandingkan dengan Pulau Tuba ini dan keadaan itu membuatkan Pulau Tuba agak kurang popular dalam kalangan pelancong.

Boleh dikatakan, Pulau Tuba mampu menawarkan pengalaman percutian yang tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai jenis tempat penginapan seperti motel dan vila untuk pelancong menginap dengan harga penginapan bermula serendah RM60 satu malam mengikut pilihan pelancong.

Pulau Tuba

Antara tempat penginapan yang ditawarkan di Pulau Tuba – Sumber Astro Awani

Malahan, apa yang lebih menarik ialah pulau ini menawarkan pakej percutian bersama keluarga angkat nelayan di rumah inap desa. Pelancong berpeluang mempelajari cara menangkap hasil laut seperti bronok, udang, ketam dan ikan seperti kebasi dan jenahak serta bersawah padi menerusi pakej percutian bersama keluarga angkat ini.

Selain pakej aktiviti bersama keluarga angkat, pengunjung yang inginkan aktiviti lasak seperti pendakian boleh melakukannya di Gua Wang Buloh dan Gua Kelawar yang turut dilengkapi trek pendakian yang menarik dan mencabar.

Pulau Tuba

Perkhidmatan bot dan feri disediakan untuk ke Pulau Tuba – Sumber Astro Awani

Mungkin ada pengunjung yang beranggapan bahawa Pulau Tuba tidak terdapat kemudahan yang lengkap dek kerana rata-rata penduduknya menjalani kehidupan ala desa.

Namun, penduduk di pulau ini turut sama menikmati kemudahan asas seperti sekolah dan klinik, malahan turut dilengkapi kemudahan capaian internet yang pastinya bermanfaat buat pengunjung.

Jadi, bagi anda yang masih mencari lokasi percutian yang ingin dituju, Pulau Tuba mungkin adalah salah satu kawasan pelancongan yang boleh anda kunjungi bersama kawan dan keluarga untuk bercuti.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...