Wow. Jelesnya Abang Nara melihat gambar wakil Malaysia ke Think Blue. World Championship 2013 yang telah berlangsung pada 7-9 September di German anjuran Volkswagen. Tentu Mr. Ong Lin Kern yang ditemani oleh ayahnya excited sangat-sangat. Itu yang senyuman lebar sangat-sangat.
Kalau anda terlepas pandang artikel sebelum ini, Mr. Ong Lin Kern telah terpilih menjadi wakil Malaysia selepas berjaya memenangi Think Blue. National Challenge 2013 yang telah berlangsung di Melaka. Di German, Mr. Ong telah berentap dengan 17 pemenang-pemenang Think Blue. Challenge daripada negara masing-masing menerusi pemanduan sejauh 592 kilometer dari Berlin via Wolfsburg ke Frankfurt. Pemandu yang paling jimat menggunakan minyak sepanjang perjalanan dengan Golf TDI BlueMotion akan dinobatkan sebagai juara.
Mr. Ong berjaya memberikan persaingat sengit namun sayangnya gelaran juara untuk Think Blue. World Championship 2013 tidak menjadi miliknya. Prestasi yang ditunjukkan oleh Mr. Ong sangat memberangsangkan. Walaupun dengan berat tambahan yang memastikan setiap kereta mempunyai berat yang sama sepanjang perjalanan iaitu 294.4kg, Mr. Ong berjaya mencatatkan penggunaan minyak serendah 4.08 liter untuk setiap 100 kilometer. Mengkagumkan sangat lebih-lebih lagi inilah kali pertama Malaysia menghantar wakilnya ke pertandingan ini.
Gelaran juara Think Blue. World Championship 2013 dimenangi oleh pasukan dari German. Kehebatan mereka di dalam cara pemanduan yang menjimatkan minyak terserlah apabila hanya menggunakan 3.48 liter minyak untuk setiap 100 kilometer perjalanan. Sangat awesome kan? Inilah kelebihan dan kehebatan konsep Think Blue. yang diapplikasikan di dalam setiap kereta keluaran Volkswagen.
Kalau ada rezeki, tahun hadapan, Abang Nara nak mewakili Malaysia ke Think. Blue World Championship 2014 pulak. Mulai hari ini, kenalah mula belajar cara-cara penjimatan minyak ketika memandu. Banyak tips, teknik dan amalan pemanduan yang betul telah dikongsikan di laman web Think Blue Volkswagen Malaysia. Memang Abang Nara akan belajar dan praktikkan apa yang ada di sana. Barulah ada peluang untuk bergelar World Champion nanti.