September 4th, 2013

Masihkah anda ingat lagi mengenai kempen terbaru Volkswagen yang diberi nama Think Blue. – National Challenge 2013? Kalau tak ingat, meh Abang Nara terangkan sikit mengenai konsep Think Blue. ini. Think Blue. bukan sekadar kenderaan eco-friendly, tetapi merupakan  hala tuju Volkswagen dalam menghasilkan produk yang mesra alam, mengalakkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar dan membantu mencipta masa depan yang lebih baik.

think blue.

Untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kempen Think Blue. ini, Volkswagen Malaysia pada tahun ini buat kali pertamanya akan menghantar seorang peserta untuk bertanding di German. Peserta daripada Malaysia ini mestilah orang yang sangat bertanggungjawab ketika memandu, menyedari betapa pentingnya memandu dengan penggunaan minyak yang efisien dan memahami konsep Think Blue. ciptaan Volkswagen ini.

think blue.

Dan baru-baru ini, pemilihan untuk wakil Malaysia tersebut telah pun dilangsungkan di Melaka. Abang Nara agak kecewa kerana tidak terpilih menjadi salah seorang daripada 30 finalist ini. Tentu mereka seronok memandu kereta Volkswagen yang 245 jenis daripadanya hanya mengeluarkan 120g/km karbon dioksida dan 36 jenis lagi di bawah 100g/km karbon dioksida. Hebat kan?

think blue.

Setelah mengharungi 5 jenis ujian, akhirnya wakil Malaysia ke German pada 6 hingga 10 September ini telah pun berjaya dijumpai. Memandu 1.4 TSI Golf, Encik Ong Lin Kern hanya menggunakan 4.2 liter minyak untuk pemanduan sejauh 100 kilometer. Yang lebih mengkagumkan, penggunaan minyak paling rendah sepanjang pertandingan ini direkodkan pada 3.7 liter. Hebat kan? Memang hebat sungguh penjimatan minyak yang dilakukan. Impressive sangat-sangat!!! Kagum Abang Nara dibuatnya.

think blue.

Diharapkan Encik Ong Lin Kern dapat berusaha sehabis baik ketika bertarung dengan pemenang-pemenang negara lain di Think Blue. World Championship yang akan menyaksikan mereka memandu kereta dari Wolfsburg ke Frankfurt. Tunjukkan betapa hebatnya rakyat Malaysia dalam penjimatan minyak dan betapa prihatinnya kita dalam memastikan kebersihan alam sekitar menerusi pemanduan kereta.

think blue.

Tahun depan, Abang Nara akan pastikan diri ini terpilih sebagai wakil Malaysia untuk ke pertandingan Think Blue. World Championship. Kenalah mula melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Kesemuanya boleh didapati di laman web ThinkBlue. Volkswagen Malaysia dan Facebook Volkswagen Malaysia.. Korang pun bolehlah mula belajar daripada sekarang. Mana tahu rezeki anda untuk wakil Malaysia tahun hadapan.


Comments are closed.

Loading...