Kecoh Kena Ganti RM12k Jika Keluarkan RM10k, Ini Penjelasan KWSP

Berita

Kecoh Kena Ganti RM12k Jika Keluarkan RM10k, Ini Penjelasan KWSP

Mulai hari ini (1 April 2022) rakyat yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memohon untuk membuat pengeluaran khas sehingga 30 April ini.

Permohonan yang dibuka kepada pencarum berumur 55 tahun ke bawah itu akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April ini sekiranya lulus.

Advertisement

Semalam, agak kecoh di media sosial apabila bahagian Q&A serta terma dan syarat pengeluaran khas itu menjadi pertikaian warga maya berikutan ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Menurut bingkisan Astro Awani mengenai kes ini, ahli KWSP yang membuat pengeluaran khas ini tidak perlu membayar semula amaun yang dikeluarkan.

Maksud soalan tersebut adalah untuk memaklumkan bahawa KWSP akan menggantikan pengeluaran khas itu dengan caruman anda untuk bulan berikutnya.

Jika sebelum ini KWSP akan menggunakan nisbah 70:30 untuk membahagikan caruman anda ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebagai contoh, jika caruman anda RM1,000 sebulan, nisbah 70:30 di mana RM700 akan terus ke Akaun 1 dan RM300 pula ke Akaun 2.

Dan setelah pengeluaran khas dibuat, pencarum akan menggunapakai nisbah 100:0 akan digunakan di mana jika caruman anda RM1,000 sebulan, nilai sepenuhnya akan terus ke Akaun 1 dan tiada wang akan dimasukkan ke Akaun 2.

Nisbah 100:0 akan terus digunakan sehingga baki Akaun 1 (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula dan caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu nisbah 70:30.

KWSP
3 years ago

1 April Bakal Tiba, Ini Butiran Penuh Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...