1 April Bakal Tiba, Ini Butiran Penuh Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Berita

1 April Bakal Tiba, Ini Butiran Penuh Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Kerajaan sebelum ini telah  mengumumkan bahawa pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) telah dibenarkan buat para pencarum bermula 1 April ini.

Kebenaran itu telah disambut baik rata-rata rakyat Malaysia yang kebanyakan terjejas pendapatan berikutan pandemik COVID-19 dan juga tragedi banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Advertisement

Berikutan itu, KWSP telah mengumumkan langkah-langkah untuk mengeluarkan RM10,000 bagi memudahkan pencarum.

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan pencarum adalah mereka perlula membuat permohonan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang boleh diakses melalui aplikasi i-Akaun mulai 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022.

Manakala bagi urusan semakan permohonan, pencarum boleh menyemak status bermula 9 April 2022 melalui pautan portal yang sama.

Bagi pembayaran wang ke akaun bank pencarum pula ia akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

KWSPSumber : KWSP  

Difahamkan permohonan pengeluaran ini hanya terbuka kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah dan pembayaran akan dibuat secara ‘one-off’.

Ahli-ahli pencarum juga perlu mengekalkan jumlah minimum selepas pengeluaran sebanyak RM100 dalam akaun masing-masing dan minimum pengeluaran dibolehkan adalah sebanyak RM50 dan maksimum RM10,000.

KSWP
2 years ago

"Kerajaan Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000" - Ismail Sabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...