Kecoh Jam Tangan 1 Juta, Tokti Beli Beg Tangan Mewah Harga RM20k Hanya Untuk Lengkapkan OOTD

Hiburan

Kecoh Jam Tangan 1 Juta, Tokti Beli Beg Tangan Mewah Harga RM20k Hanya Untuk Lengkapkan OOTD

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa sebagai Tokti sekali lagi mencuri perhatian ramai setelah tular mengenai jam tangan yang digayakan penyanyi itu bernilai lebih RM1 juta!

jam tangan siti nurhaliza RM1 juta
3 years ago

Jam Tangan Lebih RM1 Juta, Netizen Anggap Siti Nurhaliza Layak Milikinya

Advertisement

Selain jam tangan mewah, khabarnya penyanyi lagu Cindai itu telah membeli sebuah beg jenama mewah beberapa jam sebelum dia menghadiri pertunjukan fesyen sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW2021), beberapa hari yang lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dalam pada itu, Rizman Ruzaini turut menzahirkan pernghargaan buat penyanyi tersohor itu kerana setia bersama jenama mereka sejak hampir 16 tahun.

 

16 tahun usia Rizman Ruzaini, 16 tahun jugalah usia persahabatan RR bersama beliau. Terima kasih untuk kepercayaan dan sentiasa menyokong RR. Dan ya, satu penghargaan untuk mendapatkan Siti bagi menggayakan koleksi spring summer 22 kami. P/S, beliau telah membeli beg Dior khas untuk acara ini (2 jam sebelum) hanya untuk lengkapkan gayanya.

Sekadar info, beg tangan berjenama Christian Dior Medium Lady D-Lite itu dianggarkan bernilai lebih RM20,500 sebuah.

Tokti JamSumber : Google  

Menjengah ke ruangan komen di media sosial pula, ramai yang teruja melihatkan Tokti bergaya mewah dan berpendapat bahawa penyanyi dan juga usahawan itu berhak untuk memilikinya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial telah berkongsi jam tangan mewah yang dipakai TokTi dalam majlis yang sama di mana aksesori tangan itu mencecah harga jutaan ringgit.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...