Jam Tangan Lebih RM1 Juta, Netizen Anggap Siti Nurhaliza Layak Milikinya

Hiburan

Jam Tangan Lebih RM1 Juta, Netizen Anggap Siti Nurhaliza Layak Milikinya

Kemunculan penyanyi lagenda, Datuk Siti Nurhaliza di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW) pada Ahad malam telah mencuri perhatian orang ramai, ia bukan kerana busananya tetapi jam tangan yang dipakai beliau bernilai lebih RM1 juta.

2 years lalu

Jarang Tayang Kemewahan, Netizen Siasat Jam Tangan Siti Nurhaliza Lebih RM627,000

Advertisement

Difahamkan menerusi sebuah hantaran video yang dimuatnaik di TikTok, jam tangan mewah berjenama Richard Millie bertali warna merah serta bertatahkan berlian itu hanya dipakai oleh seorang kenamaan dan selebriti antarabangsa sahaja.

Biarpun isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu memakai barangan mewah, dia tidak dilemparkan sebarang kata-kata negatif daripada netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Advertisement

Kebanyakkan netizen yang meninggal komen di hantaran video tersebut semuanya merasakan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu layak memiliki jam semahal itu kerana pencapaian beliau sepanjang berada di industri seni.

jam tangan siti nurhaliza RM1 jutaSumber : Kosmo! Online  

Dalam pada masa yang sama, satu komen yang telah menarik perhatian ramai adalah dari usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang turut memberitahu jenama jam tersebut merupakan jenama kegemarannya juga.

Sekadar info, dahulu Siti Nurhaliza juga pernah menerima seutas jam tangan berjenama mewah daripada suami tercinta sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    November 9, 2021 at 11:29 am

    MEMBAZIR AMALAN SYAITON.

    • Armadan Hamdan

      November 9, 2021 at 7:34 pm

      TOTALLY AGREE. Buat apa jam tangan mahal-mahal..

  2. Anonymous

    November 9, 2021 at 10:32 am

    kalau ctdk bleh kurus, kita juga boleh!! mari kwn2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...