Kecoh Di Media Sosial, Wajah Kate Middleton Penuh ‘Luka’ Dan ‘Parut’?

Dunia

Kecoh Di Media Sosial, Wajah Kate Middleton Penuh ‘Luka’ Dan ‘Parut’?

Sebuah gambar yang memaparkan wajah Duchess of Cambridge, Kate Middleton mempunyai kesan-kesan ‘lebam’ telah mencetuskan kekecohan dikalangan pengguna media sosial.

Gambar isteri Duke of Cambridge, Putera William yang terlihat muka dipenuhi dengan ‘luka’ dan ‘parut’ itu didakwa digunakan dalam sebuah iklan sosial yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga.

Advertisement

Walau bagaimanapun, media tempatan Daily Mail UK memaklumkan gambar berkenaan digunakan tanpa kebenaran.

Menurut laporan The Sun, poster gambar yang mempunyai kapsyen berkaitan dengan keganasan rumah tangga itu ditampal di perhentian bas dan bangunan di Itali serta Sepanyol.

Selain gambar Kate, kempen iklan sosial itu turut mengunakan wajah Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, Permaisuri Sepanyol, Ratu Letizia dan ramai lagi golongan ternama.

Prince William and Kate MiddletonSumber : Google 

Difahamkan, tujuan pelukis Itali, AleXsandro Palomobo menghasilkan kempen iklan sosial itu adalah untuk menarik perhatian ahli politik berhubung respon teruk tentang masalah keganasan melibatkan jantina.

Bagaimanapun, tindakan tersebut telah mencetuskan perasaan kurang senang dari pengguna media sosial yang menyifatkan ia bukan sebagai bahan jenaka dan rata-rata meminta agar iklan itu diturunkan.

Selain itu, kami kongsi artikel trending pada pautan di bawah.

Bogel Tiktok
2 years ago

"Bukan Sembang Punya.." Lelaki Janji Nak B*gel Jika KL City Menang Piala Malaysia, Netizen Tuntut Janji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...