“Bukan Sembang Punya..” Lelaki Janji Nak B*gel Jika KL City Menang Piala Malaysia, Netizen Tuntut Janji

Hiburan

“Bukan Sembang Punya..” Lelaki Janji Nak B*gel Jika KL City Menang Piala Malaysia, Netizen Tuntut Janji

Seorang lelaki yang katanya penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri perhatian pengguna media sosial apabila dia ada ‘berjanji’ akan membuat sesuatu di luar akal fikiran waras manusia jika JDT memenangi Piala Malaysia menentang KL City, tempoh hari.

Difahamkan, lelaki itu berjanji akan berbogel dari Kuala Lumpur (KL) ke Johor sekiranya KL City dapat menumpaskan JDT.

Advertisement

“Malam ni Johor lawan KL? Ok lam macam ni, kalau KL boleh kalahkan JDT malam ni, aku bogel dari KL ke Johor, bogel tau.”

“Serius cakap, bukan sembang punya. Tak ada dalam sejarah KL dapat kalahkan Johor. Hidup JDT,aku bogel dari KL sampai Johor tau.” ujarnya  dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen selepas perlawanan berlangsung yang menyaksikan kemenangan KL City yang memperoleh mata 2-0 menentang JDT, ramai netizen tampil menuntut janji pemuda tersebut.

komen twitter

“Ha mana orang yang nak kata bogel tu, sila tunaikan janji.” tulis seorang netizen.

“Mohon janji ditepati ya, kata bukan sembang.” seloroh seorang lagi warga maya.

Terdahulu, pasukan KL City yang dianggap ‘underdog’ bagi peminat bola sepak tempatan mencipta kejutan apabila menjuarai Piala Malaysia menentang pasukan gergasi, Johor Darul Ta’zim.

Kemenangan itu menjadi lebih bermakna apabila perlawanan Malaysia kali ini merupakan ulang tahun ke-100 di mana ia diadakan sejak turun temurun lagi.

Abe Pink
2 years ago

Bersolek Kalah Perempuan Ketika Bersanding, Bapa Anak 4 Ini Dah Lali Dikecam Orang Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...