Bersolek Kalah Perempuan Ketika Bersanding, Bapa Anak 4 Ini Dah Lali Dikecam Orang Ramai

Kehidupan

Bersolek Kalah Perempuan Ketika Bersanding, Bapa Anak 4 Ini Dah Lali Dikecam Orang Ramai

Meraikan hari bahagia dengan cara yang tersendiri, pasangan suami isteri ini khabarnya telah bersanding buat sekali lagi ketika menyambut ulang perkahwinan mereka yang ke-7 tahun.

Lengkap berbusana songket dan pelamin indah, pasangan suami isteri itu diraikan dengan kehadiran ahli keluarga, rakan-rakan dan juga kenalan rapat dalam satu majlis ringkas, baru-baru ini.

Advertisement

Namun begitu, perkongsian momen indah itu yang dikongsi bapa kepada empat orang ini di media sosial telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Ini berikutan penampilan lelaki yang dikenali sebagai Abe Pink itu kelihatan lebih feminin, tidak seperti kebiasaannya.

Advertisement

Tampil berambut panjang dan bersolek tebal, Abe Pink berkata videonya itu kemudian menjadi tular di aplikasi TikTok.

Saya tahu ada reaksi positif dan juga negatif, yang positif mendoakan hubungan kami suami isteri hingga ke jannah. Saya hargainya dan ucap terima kasih.

Ujarnya lagi, dia turut menerima banyak komen negatif daripada netizen dan menganggap ia  berkemungkinan  kali pertama mereka melihat perkongsian Abe Pink di media sosial.

Dia yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ini juga memaklumkan bahawa dia dan isteri sudah lali dengan kecaman dan hanya melihat dari aspek yang positif.

Namun begitu, dia dahulu pernah terguris hati  dan kecewa apabila isteri tersayang turut menerima tempias kecaman netizen gara-gara perwatakan femininnya itu.

“Bukan saya tak mahu berubah..bohonglah. Saya cuba. Iya saya tahu niat tak halalkan cara, namun anda tak ada di tempat saya. Mereka yang tak alami memang tak dapat rasa.” ujarnya panjang lebar.

Justeru itu, Abe Pink berharap masyarakat di luar sana tidak mudah menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata.

Parking khemah genting
1 minggu lalu

Didakwa 'Terpaling Outdoor', Aktiviti Berkhemah Di Parkir Genting Highlands Jadi Ikutan Anak Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anon

    November 25, 2021 at 11:00 pm

    Senang je nak ubah, pagi2 tak payah tengok cermin. Teruskan xpayah tengok cermin sampai malam. Esok sambung lagi. Luaran ni semua xpenting, percayalah. Isteri, keluarga semua sayang awak sama je walaupun xde mekap. Berkarya di muka isteri dan klien2 awak cukup.

  2. Sokong la jgn nk kecam je.

    November 25, 2021 at 9:32 pm

    Syabas dia perwatakan perempuan tp cuba slow2 utk jd lelaki sejati. Hrp pkahwinan berterusan hingga akhir hayat. Teruskn usaha! Org yg xde ujian mcm dia sng je mulut nk kutuk

  3. Anonymous

    November 25, 2021 at 6:05 pm

    Tak faham aku ..

  4. Anonymous

    November 25, 2021 at 4:01 pm

    gambar baju pepel tu, pkai pakaian perempuan, bersolek seperti perempuan dan dada membengkak ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...