Tidak dinafikan kepentingan insurans dan juga hibah yang boleh dikatakan berbaloi untuk dimiliki bagi mereka di luar sana yang mampu dan mempunyai wang lebih setiap bulan.
Namun di saat ekonomi serta pendapatan yang tidak menentu tambahan pada era pandemik ini, mungkin ramai yang masih berkira-kira untuk melabur dalam sebarang produk insurans dan hibah ini.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pengguna media sosial Twitter @chimchimairways meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah ejen insurans yang tidak ‘beretika’ dan gemar ‘guilt trip’ para pelanggan mereka.
What kind of insurance agent is this? Imagine saying all this to an oku person as if they don't realise they already "susahkan" their parents for being an oku, wheelchair bound pulak tu. Tahulah nk jual product, tak ckp bnde2 menyakitkan hati boleh kn? ? pic.twitter.com/jmRTAHkppO
— FA (@chimchimairways) March 6, 2022
Dalam hantaran lelaki itu, dia ada memuat naik tangkap layar perbualan bersama seorang penjual insurans yang dilihat sedang menyalahkan dia kerana ‘menghabiskan’ wang ibu bapa ketika kecil.
Kata penjual insurans itu, ibu bapa telah menghabiskan banyak wang untuk membesarkan anak-anak mereka dan ianya dianggap ‘hutang’ buat si anak apabila besar kelak.
Masa awak kecik-kecik dulu, susu lampin dan lain-lain, mak ayah yang belikan. Awak dah besar ni, dah bayar balik semua tu?
Jadi si anak perlu melaburkan duit untuk membeli hibah kepada ibu bapa supaya tidak mengulangi kesilapan di waktu kecil (kerana menghabiskan wang mereka).
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut ternyata telah mengundang kritikan dan perdebatan gara-gara tindakan ejen insurans tersebut yang kurang ajar dan melampau hanya kerana ingin menjual produk mereka.
“Nak menjual hibah nak promote takaful kena ada cara pendekatan yang mantap, communications skills itu penting. Kalau macam gini main petik konon logik akal dia bayar hutang, makan maki orang ja..” komen seorang netizen.
Anda pernah pengalaman kena ‘approach’ macam ni? Kongsikan pengalaman anda di bahagian komen.