Kebaikan Semakin Diperkatakan, Rupanya ‘Abang Viva’ Jaga Anak Buah Selepas Kakak Meninggal

Berita

Kebaikan Semakin Diperkatakan, Rupanya ‘Abang Viva’ Jaga Anak Buah Selepas Kakak Meninggal

Sanggup datang dari Melaka ke Lembah Klang untuk membantu mangsa banjir, Azwan Omar memang selayaknya digelar sebagai wira.

Dia mula mendapat perhatian ramai apabila sanggup mengambil cuti kecemasan dan hanya berbekalkan wang poket bernilai RM50 untuk isi minyak serta makan.

Advertisement

Selepas selesai di Lembah Klang, Abang Viva bersama bot miliknya ke Pahang pula menghulurkan bantuan. Memang salute!

Kebaikan lelaki ini semakin diperkatakan apabila dia rupanya belum berkahwin dan menjaga dua orang anak kakaknya yang sudah meninggal dunia.

Menerusi temubual bersama wartawan Utusan, Abang Viva menjelaskan dua orang kanak-kanak di dalam foto keluarga yang tular bukanlah anaknya. Sebaliknya itu adalah anak kepada kakaknya yang sudah meninggal dunia.

Kahwin pun belum. Bujang dan single. Yang dua orang anak itu anak akak saya yang saya jaga.

Sejak kebelakangan ini, orang ramai terus memuji keperibadiannya dan kisah hidupnya yang ramai tidak tahu, malah, dia juga dipuji tidak terburu-buru menerima tawaran kereta yang diberikan seorang usahawan dari Kelantan.

Buat masa ini Abang Viva memberi keutamaan untuk membantu mangsa banjir yang terjejas. Dia turut menyatakan tiada masalah untuk bergerak hanya menggunakan sebuah Viva.

Abang Viva meman

Abang Viva
3 years ago

Tular 'Abang Viva' Gigih Bantu Mangsa Banjir, Netizen Minta Perodua Beri Kereta Baharu Sebagai Hadiah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan TV

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...