“Keadaannya Sangat Lemah” – Kanak-Kanak 4 Tahun Disumbat Dadah Terpaksa Ditidurkan

Trending

“Keadaannya Sangat Lemah” – Kanak-Kanak 4 Tahun Disumbat Dadah Terpaksa Ditidurkan

Tular tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dalam keadaan kritikal selepas dipercayai diberikan dadah oleh bapa saudaranya.

Laporan terkini, kanak-kanak yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana masalah pertuturan (lambat) itu terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang sangat lemah.

Advertisement

anak lima tahun diberi dadah
2 years ago

"Muka Dia Pucat Macam Dah Meninggal" - Ibu Sangka Lemas, Rupanya Anak Umur 5 Tahun Diberi Syabu Oleh Sepupu

Menurut ibu mangsa berusia 36 tahun, anak bongsunya itu masih tiada tanda positif dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kelantan.

Jelasnya, dia sempat luangkan masa dalam setengah jam malam tadi, menggosok tubuh anaknya dan berkata hanya mahu anaknya sedar meskipun kesannya buruk.

Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh. Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan.”

Terdahulu, media melaporkan tentang kanak-kanak yang baru boleh berjalan itu kritikal selepas badannya dikesan mempunyai dadah jenis methampethamine.

Susulan itu, bapa saudaranya yang juga seorang buruh berusia 30 tahun telah ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan polis.

Difahamkan suspek mempunyai tiga rekod lampau membabitkan dadah dan ditahan reman selama 7 hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...