“Keadaan Yang Berlaku Memaksa Kami Untuk Tak Sebumbung..” – Rumah Tangga Bergolak, Nora Danish Masih Belum Sedia Beri Kata Putus

Hiburan

“Keadaan Yang Berlaku Memaksa Kami Untuk Tak Sebumbung..” – Rumah Tangga Bergolak, Nora Danish Masih Belum Sedia Beri Kata Putus

Aktres popular Nora Danish masih belum boleh memberikan sebarang kata putus berhubung rumah tangganya bersama suaminya, Nedim Nazri yang dikhabarkan sedang bergolak ketika ini.

Tunggu masa sesuai

Menurut pelakon ini, tiada perkembangan baru yang boleh dikongsikan memandangkan semuanya masih dalam proses. Nora yang mengakui berasa tertekan dengan keadaan itu berkata dirinya akan memberi kenyataan bila tiba masa yang sesuai.

Advertisement

Terus terang hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Saya nak beri kenyataan ini sekarang pun sangat tertekan dan hiba.

 

Tunggu sampai tiba waktu itu, sama ada ia atau tidak (berlaku perceraian) semuanya masih dalam proses.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Tiada kewujudan insan ketiga

Di samping itu, pelakon filem Aku Terima Nikahnya itu juga menegaskan dugaan yang dialami olehnya dan suami itu bukan berpunca daripada orang ketiga dalam hubungan mereka. Sebaliknya, Nora berpendapat ia berpunca dari tiada persefahaman.

Saya dan Nedim sentiasa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan. Jadi tiada anasir luar dan tiada siapa yang menghasut kami.

 

Cuma dalam hal ini keadaan yang berlaku memaksa kami untuk tidak sebumbung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Untuk rekod, Nora telah berkahwin dengan Nedim pada 2017 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Nora juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Nedim nora
8 months ago

"Love You Ney & Thank You Mommy" - Nedim Dan Nora Danish Keluar Bersama, Peminat Syukur Dah Berbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...