“Love You Ney & Thank You Mommy” – Nedim Dan Nora Danish Keluar Bersama, Peminat Syukur Dah Berbaik

Hiburan

“Love You Ney & Thank You Mommy” – Nedim Dan Nora Danish Keluar Bersama, Peminat Syukur Dah Berbaik

Hantaran Instagram suami kepada aktres Nora Danish, Nedim Nazri mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada berkongsi momen bersama anak lelaki mereka bersama isterinya di sebuah restoran.

Nedim muat naik momen bersama anak dan isteri

Jelas Nedim, dia menunda perjalanan kerjanya ke Perak kerana Mohamed Neqayl tiba-tiba jatuh sakit pada hari yang sama.

Advertisement

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada isteri, Nora Danish kerana meluangkan masa bersama-samanya bersama anak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terutamanya peminat berasa senang hati melihatkan perkembangan rumah tangga kedua-dua pasangan selebriti itu.

Netizen senang hati melihat perkembangan terkini

Ramai yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina Nedim bersama Nora kembali harmoni seperti dulu.

Sebelum ini, pelakon sitkom drama komedi Puteri itu memaklumkan bahawa dia kini tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya, Nedim.

Katanya, terdapat pergolakan dalam rumah tangga mereka dan perceraian adalah jalan terakhir yang mungkin diambil kedua-duanya.

Namun begitu, Nedim tampil memberi penjelasan bahawa dia dan Nora Danish hanya ‘gaduh manja’ dan tidak memikirkan jalan perceraian dalam situasi itu.

Kedua-duanya bernikah pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 6 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nedim nora
5 days ago

"Janganlah Cakap Pasal Berpisah, Saya Sayangkan Isteri Saya" - Nedim Akui 'Gaduh Gaduh Manja' Dengan Nora Danish

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...