Perkembangan terkini pemain bola sepak negara, Faisal Halim dilaporkan sudah dibuka balutan ‘mumia’ di badannya setelah menjalani pembedahan kedua malam tadi.
Perkara tersebut disahkan ketua perubatan sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair di mana dia memaklumkan kulit badan Faisal mula menunjukkan perkembangan positif berbanding sebelum ini.
Peringkat pertama pakar bedah sudah rawat bahagian kulit dan cuci lagi.
Dan kali kedua ini lebih positif dan sebab itu kita boleh masuk ke peringkat berikutnya (buka balutan).
Difahamkan, balutan kain luka di bahagian kepada pemain bola itu telah dibuka bagi membolehkan Faisal menjamah makanan.
Manakala diet pemakanan yang disarankan buat Faisal adalah makanan bersifat lembut dan pepejal.
Terdahulu, negara digemparkan dengan berita Faisal Halim atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey telah diserang dua individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Damansara.
Dua individu itu dilaporkan telah melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cecair asid ke arah muka pemain sayap itu.
Asid itu telah menyebabkan badan Faisal melecur tahap empat hingga terpaksa dibedah pakar Dermatologi dan pakar kulit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.