Penyanyi Amylea Azizan menerusi sebuah hantaran di Instagram memaklumkan bahawa keadaan bapanya semakin tenat selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu yang lalu.
Difahamkan juga, ibu Amylea turut dihubungi pihak hospital untuk membincangkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada bapanya itu.

Jelas penyanyi lagu Kendati itu, peluang untuk bapanya kembali sembuh agak tipis dan hanya mengharapkan keajaiban daripada Allah S.W.T.
Amylea dalam pada itu turut memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar kesihatan bapanya itu kembali pulih seperti sedia kala.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih dan memberikan kata-kata semangat buat penyanyi itu.
View this post on Instagram
Terdahulu, bapa Amylea telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas mengalami komplikasi akibat jangkitan kuman.
Semoga bapa Amylea kembali sihat seperti sedia biasa. Insya-Allah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.