Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ayah Kena Masuk Hospital Swasta, Amylea Angkat ‘Bendera Putih’

Amylea Azizan

Demi bapa kesayangan yang menghidap penyakit jantung, penyanyi Amylea Azizan terpaksa mengangkat ‘bendera putih’ untuk mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan ayahanda tercinta, Azizan Zainal Abidin,62.

Advertisement

Menurut Amylea,35, meskipun dia berasa berat hati dan segan untuk melakukan perkara itu, namun ia perlu dilakukan demi melihat keadaan kesihatan bapanya kembali pulih seperti biasa.

View this post on Instagram

 

A post shared by Amylea (@amyleaazizan)

Jelasnya lagi, dia bukan sengaja mahu hantar bapanya itu ke hospital swasta namun disebabkan keadaan hospital kerajaan yang semakin penuh dengan pesakit COVID-19, perkara tersebut terpaksa dilakukan demi menyelamatkan nyawa.

Apa yang saya buat ini betul-betul kecemasan sebab bukan kami sengaja mahu hantar ayah ke hospital swasta tapi disebabkan hospital kerajaan memang sudah penuh dengan pesakit COVID-19, jadi kami terpaksa masukkan ayah ke hospital swasta. Ayah pula tiada insurans dan ketika pandemik macam ini saya dan adik-beradik lain tidak boleh bekerja..ini sahaja jalan yang boleh kami fikirkan.

Advertisement

Perkara tersebut diuar-uarkan Amylea menerusi sebuah hantaran media sosial Instagram di bahagian Story untuk pengetahuan peminat.

Instagram Amylea AzizanSumber : Instagram Amylea Aziza  

Keadaan bapanya kini juga difahamkan berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada petang Jumaat.

Amylea turut memaklumkan bahawa dia menerima banyak sumbangan daripada peminat dan juga rakan artis yang turut menyumbang selepas dia memuat naik hantaran tersebut.

Penyanyi lagu Kendati ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan yang diterimanya dan berharap Allah akan lipat gandakan lagi rezeki insan-insan yang menghulurkan pertolongan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. realiti kkm tenat

    July 31, 2021 at 10:48 pm

    IJN dah di swastakan.. satu2nya institut jantung negara terbaik di malaysia. dengan #lawan baru2 ni, bersedialah kita untuk terima kluster baru lepas ni. yg berduit segera ke swasta kalau sakit, yg x berduit ni terpaksalah ikut nasib kekosongan di fasiliti hosp kerajaan yg dah makin tenat. semoga dipermudahkan urusan ayah amelia & semua rakyat yg teraniaya..

    • Aisyah

      August 2, 2021 at 2:59 am

      Bagi sesiapa diluar sana nak apply Medikal Kad boleh terus pm/wasap 0193014368 bagi memudahkan anda dapat bantuan untuk segera cek private hospital kerana penggunaan Medikal kad ada tempoh bertenang sebelum matang untuk digunakan. Cover 43 sakit kritikal termasuk Jantung, Kanser & dialisis..Terima kasih
      Protect our self our family

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top