Nak ‘Berlatih’ Sebelum Istiqamah, Amylea Azizan Ambil Peluang Bertudung Sepanjang Ramadan

Hiburan

Nak ‘Berlatih’ Sebelum Istiqamah, Amylea Azizan Ambil Peluang Bertudung Sepanjang Ramadan

Penyanyi kelahiran program realiti TV Akademi Fantasia, Amylea Azizan khabarnya telah mengambil peluang untuk merebut sebanyak ganjaran pahala yang boleh diambil dengan mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan.

Ujar Amylea, dia bertudung kerana ingin menghormati bulan yang suci dalam kalangan umat Islam ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Amylea (@amyleaazizan)

Bukan saja ingin melakukan perubahan dari segi penampilan luaran sahaja, malah kata penyanyi lagu Kendati ini lagi, dia juga ingin memperkuatkan dalaman dari segi rohani sebagai seorang muslimah.

“Tahun ini memang saya berniat untuk pakai tudung demi menghormati bulan Ramadan. Keluar bazar pun saya akan bertudung. Pada pendapat peribadi saya, pakai tudung ini sangat besar tanggungjawabnya dan saya meletakkan perkara itu di tingkat tertinggi.”

Tambahnya lagi, dia masih belum mampu untuk terus istiqamah dalam memakai hijab namun berusaha ke arah itu dan menganggap membaiki diri dari sudut rohani lebih penting dan utama.

View this post on Instagram

A post shared by Amylea (@amyleaazizan)

Dia yang ditemui media baru-baru ini turut sempat ditanyakan mengenai penerimaan peminat apabila dia kembali menanggalkan tudung usai saja Ramadan kelak, Amylea mempunyai pendapatnya yang tersendiri.

“Kalau mereka mengata saya macam itu, sebenarnya itu adalah ujian buat mereka. Bila mereka kata-kata macam itu, itu yang buat orang takut untuk buat perkara baik. Dari perbuatan mereka itu telah menyekat seseorang untuk buat kebaikan. Bagi saya senang saja, kalau tiada benda baik nak tulis, jangan tulis apa-apa.”

View this post on Instagram

A post shared by Amylea (@amyleaazizan)

Manakala dari segi perkembangan seni, Amylea bakal tampil dengan dua lagu raya baharu yang bakal dilancarkan tidak lama sahaja lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...