Tular di media sosial Facebook apabila seorang individu yang cuba memohon kerja di WhatsApp di’sekolah’kan balik oleh majikan kerana didakwa bersikap biadab.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Farhanah Tajarudin ini, dia ada menerima satu permohonan oleh seorang gadis yang berminat untuk bekerja di tempatnya.
Kata Farhanah, dia bercadang untuk mengabaikan saja mesej permohonan kerja yang dihantar gadis itu kerana merasakan tidak sesuai.
Namun, keesokannya, gadis itu ada menghantar mesej kembali bertanyakan mengenai status permohonan sama ada diterima atau tidak.
Terpanggil untuk memberi teguran, Farhanah kemudian menjawab mesej tersebut dengan beberapa tips dan panduan memohon kerja dengan betul dan beradab.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila gadis itu hanya membalas mesej teguran itu dengan pernyataan ‘Ok Bye Thank You’ sahaja.
Perkongsian itu ternyata telah mencetuskan perdebatan di mana ramai netizen menganggap anak muda kini kebanyakannya kurang beradab dan tidak mengutamakan formaliti serta profesionalisme ketika memohon sebarang pekerjaan.
Millenial sangat tu cara respon. Patutnya ada formaliti untuk kekalkan profesionalisme.
Bagi korang yang baru sahaja habis belajar dan ingin mencari kerja, harapnya dapat perkemaskan diri dengan adab dan juga cara-cara yang betul untuk memohon pekerjaan. Good Luck!