Malaysia merupakan satu destinasi pelancongan untuk mencari pelbagai makanan, jadi tidak hairan jika pelancong yang mengunjungi negara ini akan memuji makanan-makanan lazat yang dicuba oleh mereka.
Kebanyakkan pelancong akan terus ‘jatuh cinta’ apabila pertama kali mencuba makanan Malaysia, namun ada juga hidangan yang tidak boleh diterima mereka.
Seperti baru-baru ini, terdapat seorang wanita Amerika yang sememangnya dikenali di platform TikTok mencuba untuk pertama kali hidangan siput sedut masak lemak cili padi.
Setelah berjaya menyedut siput yang dicuba, wanita berkenaan tidak lupa memberi reviu dan secara jujurnya, dia mengakui siput terbabit tidak mempunyai daging yang banyak dan sukar untuk dikeluarkan.
Dalam pada itu, minah saleh tersebut juga berkata hidangan berkenaan tidak begitu istimewa dan disebabkan itu, dia tidak akan mencuba hidangan itu lagi.
Susulan itu, ramai rakyat Malaysia terasa hati dan tersinggung dengan reviu yang dilakukan oleh minah saleh yang bernama Lilith itu.
Dalam pada masa yang sama, mereka juga menegur cara wanita itu memakan makanan tersebut kerana menyedut di arah yang salah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.