Sedia maklum, pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun telah pun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta-merta oleh pihak mahkamah setelah didapati bersalah dalam kes penderaan seorang remaja istimewa bernama Bella.
Susulan hukuman telah dijatuhkan, pelakon Anne Ngasri menitipkan ucapan buat Bainun agar segala urusannya dipermudahkan.
View this post on Instagram
Walaupun Anne tidak terlibat dalam kes ini, namun tindakannya memuat naik gambar bersama-sama dengan Siti Bainun, menimbulkan rasa tidak senang di kalangan peminat.
Dalam pada itu, biarpun pelakon tersebut mendesak orang ramai untuk tidak menilai, netizen merasakan bahawa tindakan tersebut tidak wajar dan tidak sensitif terhadap mangsa, adik Bella.
Difahamkan, kini Anne telah menutup ruangan komen hantaran tersebut kerana barangkali sedar diri dikecam teruk oleh para netizen.
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai serta menganiaya Bella hingga berlaku kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju.