Baru-baru ini, penyanyi Ifa Raziah membidas semula komen seorang guru vokal, Shaffiq Erwin menegur teknik yang digunakan oleh penyanyi tersebut di pentas Terpaling Juara.
Menerusi ruangan komen hantaran yang dilakukan oleh guru vokal berkenaan di platform Instagram, Ifa memberitahu dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit sepanjang menceburkan diri dalam industri seni.
Menurut Ifa, nyanyian sumbang itu bukanlah perkara yang tidak normal, lagi-lagi umurnya kini sudah hampir cecah 50 tahun.
View this post on Instagram
Malah, dia turut berkata semua penyanyi akan melalui fasa tersebut sekiranya sudah lanjut usia dan suara mereka tidak akan sama seperti zaman muda-muda dahulu.
Tak payah kutuk-kutuk, apa masalah sangat pada kau kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH!
Bukan itu saja, Ifa juga meminta agar guru vokal itu tidak membandingkan nyanyiannya dengan penyanyi muda kerana sememangnya tiada daya untuk melawan suara mereka yang masih berusia 20an.
Sebelum ini, Shaffiq memuat naik video reaksinya menonton persembahan nyanyian Ifa Raziah dan mengkritik suara penyanyi tersebut sumbang.