Awal hari ini, tular sebuah video menunjukkan seorang pemuda dikerumuni sekumpulan lelaki dan dimarahi.
Menerusi ‘posting‘ di media sosial, pemuda tersebut dilihat ditengking oleh kumpulan berkenaan kerana didakwa telah memukul tunangnya.
Wanita yang juga merupakan tunangnya itu pula dilihat menangis ketakutan dan menyorok di belakang van tidak jauh dari kumpulan tersebut.
Namun selepas video itu tersebar di media sosial, keluar pula sebuah video lain menunjukkan pasangan berkenaan sudah berbaik.
Rakaman itu menunjukkan mereka menjelaskan perkara yang sebenar berlaku.
Kata pasangan tersebut, tiada apa pun berlaku sebaliknya hanya pergaduhan biasa antara mereka.
Malah, pemuda itu turut berkata sebenarnya dia tidak memukul tunangnya namun tiba-tiba sekumpulan lelaki ‘buat kecoh’ mengatakan dia pukul perempuan.
Sebenarnya takde apa pun yang berlaku. Memang tak ada pukul. Tadi dekat tempat awam, jadi ‘nervous’ taktau nak buat apa. Ada pulak sekumpulan lelaki yang buat kecoh.”
Pening pic.twitter.com/udPt4cSELY
— #arifjoe? (@arifjoe71) April 8, 2022
Ramai netizen seperti terkedu dengan apa yang berlaku dan memberikan komen masing-masing. Malah ada yang menyangka semuanya hanyalah drama bertujuan untuk ‘marketing’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.