Pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu tinggal berasingan dengan ibu bapa tangga demi keselesaan isteri yang perlu menjaga aurat selain menjadi privasi.
Namun, apa bezanya duduk berasingan tetapi rumah itu boleh diakses oleh orang lain sesuka hati tanpa bertanya terlebih dahulu?
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang meluahkan perasaannya baru-baru ini tentang privasi di rumah sendiri diganggu oleh mentuanya.
Menerusi perkongsian di Twitter itu, wanita berkenaan berkata meskipun tinggal berasingan daripada keluarga mentua namun ibu bapa suaminya seperti tiada common sense.
Jelasnya, mentuanya itu diberikan kunci pendua oleh suami dan selalu datang ke rumah sesuka hati jadi ia menyukarkan dia yang terganggu dengan kedatangan mengejut sebegitu.
Sesuka hati je datang tak bagitau dan lagi menyira tak bagi salam tau tau dah masuk rumah. Saya ni kat rumah pakai short je tau dan sleeveless tank without bra. Tiba tiba orang terjah masuk tak ke gelabah saya?”
Suami bagi kunci pendua rumah kpd ibu bapanya. Bapanya gatal, suka terjah masuk rumah ketika suami kerja. pic.twitter.com/QrqS8sMQbw
— Emosi (@ConfessTweetMY) November 17, 2022
Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah memaklumkan kepada suami tentang hal tersebut namun disuruh untuk tidak bersangka buruk terhadap mentua.
Disebabkan itu, dia telah memberikan amaran buat suami untuk menegur mentuanya itu atau jika tidak dia akan bawa anaknya lari ke rumah ibu bapanya.
Perkongsian wanita itu meraih perhatian ramai warganet di Twitter dan masing-masing memberikan respon serta pandangan mereka.
Ada yang berkata pernah mengalami situasi yang sama serta beberapa netizen dilihat mencadangkan agar dia menukar mangga lain.