“Kau Ingat Kau Bagus, Ingat Kau Cantik?” – Bekas Isteri Dedah Radhi OAG Maki Hamun Gara-Gara Enggan ‘Selfie’ Berdua

Hiburan

“Kau Ingat Kau Bagus, Ingat Kau Cantik?” – Bekas Isteri Dedah Radhi OAG Maki Hamun Gara-Gara Enggan ‘Selfie’ Berdua

Bekas isteri kepada penyanyi Radhi OA, Nur Shaira Ayu Zahiri mendedahkan sikap bekas suaminya itu yang bertindak menghamburkan kata-kata kesat sebelum bergaduh di parkir sebuah kondominium di Damansara pada tahun lalu.

Ujar Shaira, Radhi berkata “kau ingat kau bagus, kau ingat kau cantik” hanya kerana enggan berswafoto bersamanya di dalam kereta.

Advertisement
Radhi Oag bekas isteriSumber : Google  

Dia yang ditemui Kosmo juga menceritakan secara lanjut tentang insiden itu di mana dia ke rumah Radhi untuk mengambil anak lelaki yang pada ketika berada di bawah jagaan bekas suami.

Shaira yang ditemani kakak, anak perempuan dan tiga anak buah  kemudiannya terus turun ke lobi sebelum diminta Radhi untuk ke tepi kereta bagi membincangkan mengenai isu anak sebelum pulang.

Radhi kemudian mengajak saya untuk ‘selfie’ dalam kereta menggunakan telefon, saya cakap tak mahu ambil gambar macam tu, tak perlu nak peluk kerana sudah bercerai.

Kalau nak bergambar, ambil di luar kereta dan di situ permulaan Radhi marah. Dia jerit depan muka saya dan hambur kata kesat kerana marah.

Berikutan itu, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara setelah berlaku insiden tolak menolak dan pergaduhan.

Terdapat kesan lebam pada tangan akibat pergelutan antara dia dan Radhi namun mengakui ada memukul bekas suaminya untuk mempertahankan diri.

Sekadar info, Radhi dan Shaira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aisyah yang kini berusia enam dan tujuh tahun.

Puteri Sarah
2 years ago

Syamsul Yusof Dipersoal Biar Dua Isteri 'Berperang' Di Mahkamah, Ini Jawapan 'Pedas' Puteri Sarah Liyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...