Gara-gara berasa kurang senang mulut anaknya ditekup, Shakilla Koriri menerima kritikan warganet malah ada yang menyifatkan aktres itu belum ‘move on’.
Sebelum ini, Shakilla menyuarakan rasa tidak puas hati apabila Ameena didakwa disakiti oleh kanak-kanak perempuan yang kini merupakan kakak tiri kepada anaknya itu.
Menerusi Instagram, warganet mengkritik pelakon wanita itu dan menyindirnya kerana dikatakan ‘ada sahaja yang tidak kena’ apabila membabitkan bekas suami, Fizi Ali.
Segelintir individu berkata Shakilla sepatutnya bersangka baik kerana gambar tidak membuktikan apa-apa malah ada yang berpendapat mungkin Ameena sedang bergurau dengan kakak tirinya itu.
Sementara itu, sesetengah warganet memerli Shakilla belum ‘move on’ malah ada yang melabel aktres tersebut meroyan kerana bekas suaminya kini sudah menemui pengganti.
Kau jeles, tu je cite dia.