“Dia Patut Berterus-Terang, Jangan Sakiti Anak Saya!” – Mulut Anak Ditekup Dalam Foto Nikah, Shakilla Khoriri ‘Warning’ Fizi Ali

Hiburan

“Dia Patut Berterus-Terang, Jangan Sakiti Anak Saya!” – Mulut Anak Ditekup Dalam Foto Nikah, Shakilla Khoriri ‘Warning’ Fizi Ali

Semalam, penyampai radio, Fizi Ali membuat pengumuman mengejut apabila dia memberitahu dirinya sudah pun selamat disatukan dengan wanita pilihan hati selepas dua tahun menduda.

Susulan itu, bekas isterinya, Shakilla Khoriri akui terkejut dengan berita tersebut memandangkan dirinya baru saja bertemu dengan Fizi untuk mengambil anak mereka.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu turut meluahkan rasa kurang senang melihat muka anak perempuannya ditekup dalam foto nikah penyampai radio berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok, sebagai seorang ibu saya tak senang tengok. Jangan sakiti anak saya!

Menjelas lebih lanjut, Shakilla hanya mengetahui Fizi mahu mengambil anak kerana mahu membawanya ke taman tema tetapi tidak sangka mengambil Ameena untuk ke majlis nikahnya.

Bahkan, aktres terbabit merasakan bekas suaminya tidak perlu menipu dan berterus-terang saja kerana enggan menjawab pertanyaan orang ramai.

Namun, Shakilla tetap mendoakan kebahagiaan buat Fizi serta isteri baru tetapi berharap agar keluarga sana tidak menyakiti anak mereka.

fizi ali
6 months ago

(TAHNIAH) Dalam Diam! Fizi Ali Umum Kembali Bergelar Suami Selepas 2 Tahun Menduda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...