March 23rd, 2018

Semalam, Intan Lian adan Ude Wahid sah bercerai talak satu dan selepas itu pelbagai cerita yang keluar. Antara paling membuatkan netizen bengang adalah ketika Ude mengakui sudah lama tawar hati dengan Intan dan rumah tangga mereka mempunyai masalah yang berlanjutan selama lebih dua tahun.

Intan juga terkejut dengan kenyataan bekas suaminya itu dan tidak pernah berniat untuk menagih simpati ataupun meraih publisiti dengan membuat drama air mata.

Menerusi Insta Stories Intan, beliau mengakui sudah serik untuk bercinta lagi dan menjadikan perpisahan serta penderitaan lalu sebagai satu pengajaran besar dalam hidupnya agar tidak lagi dilukai.

Betul kata orang, wanita ini diberikan kesabaran yang tinggi meskipun melalui pelbagai dugaan. Hati wanita juga sangat lembut dan berharga bak berlian, namun kalau sudah berkali-kali dilukai, tiada siapa yang akan dapat jangka apa yang bakal berlaku.


53 responses to “Kau Cakap Aku Tidak Pandai Segalanya, Aku Terima Dan ‘Move On’ – Intan Liana”

  1. Prof Diraja says:

    Now aku terasa nyampah.. minah ni mula perasan dia celebrity kot

Loading...