Intan Liana Kesal Dituduh Buat Drama Air Mata, Nafi Rumah Tangga Sudah Lama Bergolak

Hiburan

Intan Liana Kesal Dituduh Buat Drama Air Mata, Nafi Rumah Tangga Sudah Lama Bergolak

Tidak sampai 24 jam diceraikan, Intan Liana dihimpit dengan pelbagai persoalan apabila bekas suaminya, Ude Wahid mendakwa Intan banyak berbohong kepada masyarakat untuk meraih simpati dan mendedahkan rumah tangga mereka sudah bermasalah sejak dua tahun lalu.

Advertisement

Terkejut dengan kenyataan daripada Ude, Intan tidak mengetahui apakah motif disebalik kata-kata lelaki itu yang menghangatkan lagi keadaan.

Saya pernah buat pengakuan redha untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda. Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?.

Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca perceraian. Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini.

Intan lebih selesa untuk tidak memberikan komen lanjut mengenainya lagi kerana tidak mahu membuka aib sesiapa. Namun, beliau kesal dan terkilan atas tuduhan sengaja membuat drama menggunakan air mata.

Saya tidak berniat membuka aib sesiapa. Saya cuma terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar. Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat ‘drama’ dengan menggunakan air mata.

Kontroversi dan kemelut rumah tangga Intan dan Ude mula tercetus saat pelakon Izreen Azminda mengumumkan berita tergempar beliau sudah bernikah dengan Ude secara rahsia tanpa pengetahuan Intan pada 8 Ogos 2017. Sejak daripada itu, kisah mereka bertiga terus menjadi perhatiandan pelakon wanita itu teruk dikecam netizen.  Ude dan Intan bercerai talak satu pagi tadi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...