March 22nd, 2018

Hari ini suami kepada Izreen Azminda iaitu Ude Wahid dan isteri pertamanya Intan Liana Saleh sah bercerai talak satu. Perpisahan itu dibuat kerana Ude tidak lagi sayangkan Intan dan mendakwa rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Menerusi portal BH ONLINE, Ude menafikan dakwaan kononnya beliau membuat keputusan untuk bercerai secara mengejut tanpa memberikan alasan kukuh terhadap Intan. Pemuzik bebas itu mendakwa Intan banyak berbohong kepada masyarakat dan sudah menjatuhkan maruahnya.

Saya terkilan apabila Intan mengeluarkan kenyataan kononnya tidak berbincang dengannya terlebih dulu sebelum menfailkan kes perceraian. Itu satu pembohongan. Banyak kenyataan yang dikeluarkan tidak benar, ia sekali gus menjatuhkan maruah saya. Kami sudah banyak kali berbincang, saya mahu menyelesaikan masalah kami secara baik.

Orang luar memandang saya sebagai suami yang kejam dan bapa tidak bertanggungjawab, walhal kenyataannya adalah pembohongan.

Bagaimanapun, Ude enggan mendedahkan punca mereka berpisah kerana ia terlalu peribadi buat mereka selain ingin menjaga aib bekas isterinya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE


121 responses to “Intan Banyak Berbohong Sehingga Jatuhkan Maruah Saya – Ude Wahid”

  1. anon onion says:

    aku tak paham kenapa kes ni viral
    izreen tu pelakon sendu2 je ..gred C saja bukan A lister… Ude ni pun bukanlah lelaki tampan dan kaya rebutan gegadis… kes2 perceraian mcm ni byk je jadi kat bumi.. awatla yg kecoh sgt psai kes cerai ni… anggap saja takde jodoh dan move on tak boleh ke? nk gaduh ke ape ke buat dlm kelambu senyap2 tak perlu nk lecoh kat socmed

  2. Wekkkkkkk says:

    Muka dh cengkung semcm..bibir hitam…pasti kaki rokok..1 hari 2 kotak..gudg grm…dn tak lama lgi..cri fit..pdn muka ko izreen.

Loading...