Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang wanita berhijab melalukan senaman di gimnasium dengan mengangkat dumbbell sambil menayangkan otot di tangan.
Susulan sudah viral di platform tersebut, seorang pengguna di Twitter memuatnaik semula video wanita itu dengan mempersoalkan tindakan dia berhijab, tetapi berpakaian t-shirt tanpa ‘inner‘ hingga menampakkan aurat di bahagian tangan.
Video pendek terbabit menampakkan wanita itu sedang duduk sambil mengangkat dumbbell hingga terlihat otot-otot biceps dia.
Yee , kau sorang je perempuan yang main gym terpaling bertudung kimak , brader belakang tu perhatikan je bodoh kau tu pic.twitter.com/uCwbJWYCmA
— NOMAD ? (@4rshrf) September 6, 2022
Bila melihat di akaun TikTok wanita terbabit, dia telah pun menutup ruangan komen di video itu kerana kemungkinan besar menyedari dirinya dikecam oleh para netizen.
Biarpun mengambil tindakan menutup ruangan komen video terbabit, netizen tetap gigih meninggalkan teguran di video-videonya yang lain.
Kebanyakkannya netizen berpendapat sekarang ini sudah banyak pakaian sukan mesra hijab dijual di kedai dan ia lebih sesuai untuk dipakai oleh wanita terbabit memandangkan dia berhijab serta melambangkan imej muslimah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.