“Sepatutnya Dalam Islam, Dia Lebih Pentingkan Menutup Aib” – Menteri Agama Saran Puteri Balqis Buat Laporan Polis

Trending

“Sepatutnya Dalam Islam, Dia Lebih Pentingkan Menutup Aib” – Menteri Agama Saran Puteri Balqis Buat Laporan Polis

Pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis baru-baru ini yang mendakwa dia pernah dicabul bapa sendiri mengejutkan ramai pihak.

Ramai netizen memaki bapa pelakon mesra dipanggil Aqish itu kerana tergamak melakukan perbuatan keji sebegitu ketika anaknya baru 5 tahun.

Advertisement

Namun, segelintir pihak mengkritik tindakan Aqish kerana dianggap membuka aib darah dagingnya sendiri di media sosial sehingga menjadi tular satu Malaysia.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad juga berfikiran sama apabila beliau berkata Aqish tidak sepatutnya membuka aib dan mendedahkan hal itu kepada orang ramai.

Menurutnya, pelakon itu seharusnya membuat laporan polis bagi membolehkan dia mendapat pembelaan undang-undang selain melindunginya daripada sebarang ancaman di masa akan datang.

Sepatutnya dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya, gangguan seperti itu tak perlu didedahkan kepada orang ramai.”

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dilaporkan bersedia memanggil pelakon berusia 15 tahun tersebut jika ada laporan dibuat.

Jelas Rina, jika dakwaan tersebut benar-benar berlaku pihaknya akan memanggil Aqish dan bapanya untuk disiasat. Pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

3 bulan lalu

"Wallahi Tak Terfikir Nak Buat Benda Keji Tu" - Bakal Saman Pemfitnah, Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Jijah

    September 19, 2022 at 3:22 pm

    suppose org agama ni klu xdgr vid/mende² minta dikomen, baik disclaimer sepsiap xdgr or else tutup mulut je la… Aqish ckp dia luah sbb 1masa sok dia nk tgk vid tu blk bkn nk proud of mewar²kan khilaf apak dia. means she’s good enuf tuk situasi dia. &kesimpulan, TRUST NO BODY drp anak umo 15thn tu.. mmg pilu sangat…

  2. Anonymous

    September 10, 2022 at 3:18 pm

    Ahli agama pandai sembang je…aib aib aib. Tu la ustaz ramai liwat rogol segala sbb rasa selamat tk dibukakan aib dan tau pentaksub dia ramai

  3. Antifake

    September 6, 2022 at 7:48 pm

    There is no compromise when it comes to domestic violence and sexual assault

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...