“Kau Banyak Bantu Mereka..” – Aliff Syukri Dedah Ibu Bapa Sajat Tak Seceria Dulu

Hiburan

“Kau Banyak Bantu Mereka..” – Aliff Syukri Dedah Ibu Bapa Sajat Tak Seceria Dulu

Penghijrahan usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat itu sememangnya memberi kesan yang amat mendalam buat kedua-dua ibu bapanya itu dan terpaksa reda menerima keputusan ini.

Nur Sajat
1 bulan lalu

"Saya Rasa Diri Terancam Di Malaysia, Lebih Dihargai Di Australia" - Nur Sajat

Advertisement

Hal tersebut didedahkan oleh rakan baiknya sendiri iaitu usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang memaklumkan ibu serta ayah Sajat tidak lagi seceria dahulu setelah ‘kehilangan’ seorang anak yang banyak membantu mereka.

Aku jumpa mak kau, dia pun tak seceria dulu, cuma apabila dia dengar kau dah okay semua dia lega la.. dia pun ada tanya tahu tak? Aku pun tak tahu.

Aliff yang melakukan siaran langsung bersama Sajat di Instagram pada malam Rabu berkata jika diletak ditempat Sajat, dia mengakui tidak akan mampu berdepan dengan ujian tersebut yang disifatkan cukup berat dan mencabar.

Advertisement

Oleh kerana itu, dia mengambil segala yang berlaku ini sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati apabila melakukan sesuatu.

Ibu bapa sajat, aliff syukri

Terdahulu, Sajat mendedahkan bahawa dirinya secara rasmi sudah berhijrah ke negara Australia dan sedang menjalani kuarantin di Canterbury selain memberitahu dia tidak akan pulang semula ke Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...