“Kau Bagus Kat TikTok, Kau Stay Kat TikTok!” – Sharnaaz Ahmad Tak Setuju ‘Influencer’ Jadi Pelakon

Hiburan

“Kau Bagus Kat TikTok, Kau Stay Kat TikTok!” – Sharnaaz Ahmad Tak Setuju ‘Influencer’ Jadi Pelakon

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia sering melihat gandingan pelakon yang tidak sepadan, terutama sekali pelakon yang sudah berpengalaman dengan pelakon baharu.

Menurut Sharnaaz, pelakon berpengalaman yang bergandingan dengan pelakon baharu tidak akan dapat mewujudkan ‘chemistry’.

Advertisement

Kalau orang yang ada pengalaman berlakon dengan orang baru, dia akan tinggalkan pelakon baru tu jauh di belakang.

Saya tak kisah kalau diberi gandingan dengan pelakon baru, asalkan dia boleh berlakon.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu turut memaklumkan dia juga pernah beraksi dengan pelakon baharu.

Payah nak cakap.. dia bukan tak bagus, tapi belum bagus lagi.

Malah, Sharnaaz berkata gandingan pelakon yang kurang berpengalaman sedikit sebanyak memberi nama buruk kepada pelakon senior.

Stesen TV nak seseorang tu sebab dia influencer dan dah ada nama. That’s not right.

Influencer kau stay dekat influencer. Kau bagus kat TikTok, kau stay kat TikTok. You don’t need to go mainstream. That’s not your padang.

Macam Ryan Bakery.. dia bagus, tapi stay where you are. Make sure kau bagus dekat tempat tu dan orang akan sanjung kau.

Jelas bapa kepada Jebat Jayden itu, sekiranya pempengaruh media sosial mula masuk ke bidang lain, orang ramai akan mula mempersoalkan kredibiliti dan bakat mereka.

Contoh kalau kau masuk tempat lain, iaitu drama.. orang akan mula judge kau, boleh berlakon ke?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib Watie Hanifiah anak-anak
1 year ago

“Apa Salah Auntie?” - Shuib Akui Anak-Anak Ada Bertanya Kenapa Ramai Tak Suka Watie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...