“Kategori B*ngsat!” Ali Puteh Berang Dirinya Tidak Henti Difitnah

Hiburan

“Kategori B*ngsat!” Ali Puteh Berang Dirinya Tidak Henti Difitnah

Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa berang apabila dirinya tidak henti difitnah individu tertentu berikutan dakwaan menggunakan wang peninggalan arwah abangnya iaitu Allahyarham Abam Bocey.

Ali Puteh
3 years ago

Ali Puteh Dah Jumpa Individu Hina Keluarga, Bagi Alasan Akaun Instagram Kena Godam

Advertisement

Ujar Ali, dia tidak menyangka bahawa masih ada orang yang mempunyai tanggapan buruk terhadap orang lain dan berharap individu itu segera bertaubat selagi berpeluang dan masih hidup untuk tampil meminta maaf terhadapnya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial telah menulis komen di sebuah hantaran Ali yang berkongsi kegembiraan mengenai projek kebun durian yang diusahakan bersama isteri, Melati Fitri.

Ya Allah..masih  ada lagi manusia begini hidup di muka bumi ini. Kalau masih hidup, cepat-cepatlah bertaubat. Takut esok-esok pergi ke negeri abadi masih tidak dapat permohonana maaf daripada saya. Terlalu biadap sangat sampai kata saya makan duit arwah abang saya Abam. Macam manalah nak cari manusia ini, tersangat biadap, kategori bangsat!

Dalam hantaran itu, individu tersebut menulis komen “pakai duit arwah la tu..” dan ternyata telah membuatkan Ali berang dan melenting.

Ali menjelaskan bahawa projek kebun durian itu akan membuahkan hasil dalam tempoh lima tahun lagi di mana mereka boleh menikmati buah durian jenis Durian King dari kebun sendiri.

Dia dalam pada itu turut berkongsi satu lagi kegembiraan lain iaitu akan menimang cahaya mata baru pada Disember ini.

Sebelum ini, ini bukan kali pertama pelakon filem Kolong ini menerima pelbagai tuduhan dan fitnah daripada individu tidak bertanggungjawab berhubung harta peninggalan Abam sehingga dibicarakan di mahkamah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...