Ali Puteh Dah Jumpa Individu Hina Keluarga, Bagi Alasan Akaun Instagram Kena Godam

Hiburan

Ali Puteh Dah Jumpa Individu Hina Keluarga, Bagi Alasan Akaun Instagram Kena Godam

Pelawak Ali Puteh menerusi sebuah hantaran di Instagram ada memaklumkan bahawa dia sudahpun menemui individu yang telah menghina dan menyamakan dirinya dan keluarga dengan bangsa yahudi pada hari Sabtu yang lalu.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan itu memaklumkan bahawa individu terbabit telah memberi alasan bahawa akaun Instagramnya telah digodam orang lain sehingga tergamak menulis komen seperti itu.

Advertisement

Enggan memberi komen lanjut, Ali Puteh yang merupakan adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini hanya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

“Ok dah jumpa tadi..katanya bukan dia yang buat, ada orang lain yang guna Instagram dia untuk menghina saya dan keluarga. Jadi saya serah pada polis saja.” tulisnya di hantaran Instagram tersebut.

Dia dalam pada itu turut memberi pesanan agar orang ramai tidak menabur fitnah dan hanya menyerahkan perkara tersebut kepada Allah S.W.T untuk membalasnya.

Terdahulu, Ali meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang pengguna media sosial yang melemparkan kata-kata hinaan kepada di media sosial.

Sehubungan dengan itu, pelawak itu telah meminta bantuan pengikut Instagramnya agar mencari pemilik akaun tersebut dan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada mereka yang berjaya mengesan individu berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...