Semalam, kecoh di serata platform setelah tular satu berita mengenai seorang pelakon lelaki memukul isterinya hingga berdarah.
Nama Hafidz Roshdi terkait dalam isu terbabit dan biarpun tuan badan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, keluarga isteri, Shuhada telah mengesahkan memang dia si pelaku yang membuatkan muka isteri luka hingga berdarah.
Biarpun perkara tersebut telah diperkata ramai, tuan badan iaitu Hafidz seolah-olah tidak mengambil kisah dengan dakwaan tersebut dan sempat memuat naik satu video bersama anak-anak di Instagram.
View this post on Instagram
Melalui kapsyen video tersebut, pelakon terbabit seperti ingin memberitahu bahawa tiada siapa pun yang mengenali dirinya seperti mana dan bertapa sayangnya dia terhadap anak-anak.
Difahamkan, ruangan komen tersebut dihadkan buat orang ramai untuk meninggalkan komen kerana barangkali Hafidz tahu akan menerima kecaman hebat daripada netizen.
Sekadar info, keluarga Shuhada memberitahu Hafidz telah menumbuk wanita terbabit sebanyak tiga kali setelah berlaku pertengkaran.