“Kata Sondol Jutawan”- Gara-Gara Muat Naik ‘Selfie’ Tunjuk Cincin, Ira Kazar Dikecam Warganet

Hiburan

“Kata Sondol Jutawan”- Gara-Gara Muat Naik ‘Selfie’ Tunjuk Cincin, Ira Kazar Dikecam Warganet

Anak perempuan kepada pelakon veteran Kazar Saisi, Ira Kazar, baru-baru ini memuat naik sekeping gambar di akaun media sosial miliknya.

Dalam gambar berkenaan, dapat dilihat Ira memakai sebentuk cincin di jari manis yang mendapat perhatian warganet.

Advertisement

Gambar itu turut dikongsikan di Facebook oleh sebuah portal dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Susulan perkara tersebut, ramai yang membuat spekulasi tentang hubungan Ira bersama pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang sehingga kini berdiam diri tentang status perhubungan mereka.

Oleh sebab itu, ramai warganet mula memberikan pelbagai respons negatif mempersoalkan kemampuan Ira untuk membeli sebentuk cincin dan telefon pintar yang mahal sedangkan dia didakwa tidak bekerja.

Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan bahawa cincin itu diberikan oleh Syamsul Yusof sendiri dan ramai yang mengecam Ira kerana dianggap sebagai ‘penyondol’ rumah tangga pelakon itu dan isterinya Puteri Sarah.

Sekadar informasi, Puteri Sarah memfailkan saman ke atas Ira Kazar pada 26 Jun lalu kerana didakwa menganggu kehidupan aktres berkenaan.

3 minggu lalu

"Rekod Perubatan Memang Dia Aktif Buat S*ks Dengan Orang Sama" - Individu Dakwa Ira Kazar Dah Kahwin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. zj

    August 8, 2022 at 10:01 am

    Dah meluat tengok muka si irakazar yg x reti malu …boleh buat bodo je…harap² Allah bg pertunjuk kepadanya…

  2. Zioe

    August 6, 2022 at 5:41 am

    Yang aku tau laaa….kalau bertepuk sebelah tangan tu biasanya x berbunyi….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...