“Kata-Kata Seperti Mandul Tu Dah Biasa Tapi..” – Achey Bocey Terkilan Anak Angkat Terkena Tempias Isu Zuriat

Hiburan

“Kata-Kata Seperti Mandul Tu Dah Biasa Tapi..” – Achey Bocey Terkilan Anak Angkat Terkena Tempias Isu Zuriat

Baru-baru ini, pelawak Achey menyatakan rasa terkilan terhadap sesetengah pihak yang sering bertanya soal zuriat terhadapnya.

Dituduh mandul

Kata Achey, perkara itu amat mengguris hatinya lagi-lagi apabila nama anak angkatnya turut terlibat dalam perkara tersebut. Baginya, cacian dari netizen kepada dirinya itu sudah biasa namun dirinya menjadi marah apabila anak angkatnya, Tiara itu turut terkena tempias.

Advertisement

Kata-kata seperti mandul dan sebagainya tu dah biasa. Ada yang tuduh saya punca dan bermasalah sehingga belum dikurniakan cahaya mata. Tapi lebih buat saya marah apabila kata-kata tu dilemparkan terhadap Tiara.

Terkilan dengan orang terdekat

Bukan itu sahaja, kata pelawak ini juga, ucapan yang mengguris hati itu bukan sahaja datang dari netizen dan orang luar, malahan ada sesetengah yang dilemparkan oleh orang terdekat dan keluarga sendiri juga, ujarnya.

Memang kata-kata tu ibarat perkara biasa, namun bila datang daripada orang terdekat dan keluarga sendiri, memang boleh timbulkan amarah.

Sebelum ini, Achey dan isterinya, Nor Hasanah telah mengambil Nur Tiara Zinnirah Nasir sebagai anak angkat pada 2018 selepas belum dikurniakan zuriat setelah beberapa tahun berkahwin.

tiara
6 months ago

"Saya Memang Guna Populariti Dia.." - Achey Tak Nafi Kurang 'Job' Selepas Pemergian Abam, Kini Tumpang Populariti Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...