Pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik, Siti Khadijah semalam menjadi tumpuan dan bahan bualan warga maya di Twitter.
Aktres itu didakwa mempunyai perangai mengalahkan ‘diva’ dan berlaku biadab oleh sesetengah netizen.
Nama Siti Khadijah menjadi kontroversi gara-gara ‘trend’ artis baik dan artis biadab yang menjadi popular setelah ia diciapkan di Twitter.
Maklum dengan kontroversi itu, Siti Khadijah yang ditemui media memberitahu bahawa dia tidak mengingati insiden seperti itu terjadi dalam hidupnya.
Saya dapat tahu hal ini daripada kawan saya. Saya terkejut sebab saya tak kacau sesiapa tiba-tiba ada orang bercakap tentang saya.
Sebenarnya saya tak ingat dan tak kenal mereka yang menuduh saya. Mungkin pada waktu itu saya sedang bergurau dan saya dalam mood happy. Bagi yang kenal saya, semua tahu perangai saya macam mana.
Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada individu yang terjejas dan tidak selesa dengan perbuatannya itu.
“Walau apa pun saya nak minta maaf jika ada terguriskan hati sesiapa. Mungkin saya salah, saya khilaf. Pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati untuk tidak bergurau dengan sesiapa. Saya relax dan senyum sahaja.” ujarnya lagi.