Kasut CIPELA Sudah Mula Dijual Di ISetan KLCC

Hiburan

Kasut CIPELA Sudah Mula Dijual Di ISetan KLCC

Masihkah anda ingat lagi mengenai kisah kejayaan Hidayah Hassan dengan jenama kasut CIPELA yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu? Kasut-kasut CIPELA memang cantik-cantik dan menawan hati. Kalau selama ini hanya boleh dibeli secara ‘online’, kini CIPELA boleh didapati di ISetan KLCC bermula 20 Jun yang lalu. Inilah peluang anda untuk memegang, mencuba dan merasai sendiri betapa berkualitinya kasut ciptaan anak tempatan kita.

cipela shoes

Advertisement

Promosi sehingga 3 Julai ini akan memberikan diskaun sebanyak 50% kepada para pembeli kasut CIPELA. Selepas itu bermula pada 4 Julai, kasut untuk koleksi Hari Raya akan mula dijual dengan diskaun 10% dan tambahan 10% lagi buat ahli ISetan. Jadi jumlah diskaun yang boleh diterima ialah 20%. Confirm anda akan lebih cantik bergaya di pagi Syawal dengan kasut CIPELA ini. Abang Nara berani jamin 100%.

cipela

Selain itu kalau korang nak cari baju raya (lelaki dan wanita), jangan lupa untuk ke HiDY Store di Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati. Minggu lalu HiDY dah buat diskaun sebanyak 30% untuk koleksi mereka. Rasanya boleh dapat lagi diskaun tersebut kalau anda pergi sekarang. Cakap je dapat informasi daripada BeautifulNara. Pasti akan dapat harga murah punya.

cipela shoes

Kalau nak kepastian mengenai harga, stok dan tawaran yang ada, boleh Whatsapp ke 013380 1338. Mereka akan melayan anda sebaik mungkin. Kalau nak tengok koleksi kasut, boleh ke Instagram Cipela Shoes. Nak tengok baju raya pulak, boleh ushar di Instagram HiDY Collection. Selamat membeli-belah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...