Pelancaran HiDY Store Esok, Temui Abang Nara Untuk Hadiah Misteri

Hiburan

Pelancaran HiDY Store Esok, Temui Abang Nara Untuk Hadiah Misteri

Bertemu dengan Hidayah Hassan kira-kira satu tahun lalu membuka mata Abang Nara. Tak sangka di sebalik usia mudanya rupa-rupanya Hidayah adalah pemilik jenama kasut yang sedang meningkat naik iaitu Cipela. Orangnya sangat baik, peramah dan paling penting, berwawasan untuk melihat jenama Cipela terbang tinggi dengan jenama-jenama kasut yang lain.

cipela

Advertisement

Wife Abang Nara yang turut sama bertemu dengan Hidayah melahirkan rasa kekagumannya dengan rekabentuk dan mutu kasut-kasut yang dihasilkan oleh usahawan muda ini. Memang terasa keunikannya. Kini selepas setahun pertemuan kami, Hidayah mengorak satu langkah lagi ke hadapan dengan pembukaan kedai HiDY yang bakal dirasmikan esok, 1 Mac 2014 (Sabtu).

hidy story

Khas buat pembaca BeautifulNara, Hidayah telah bermurah hati untuk memberikan beberapa hadiah misteri buat anda semua. Ada beberapa cara untuk memenanginya. Antaranya:-

1. 3 pembaca BeautifulNara yang terpantas menghantar email ke [email protected] dengan kod “naracolourfulandchic” akan memenangi hadiah misteri daripada HiDY store. Tak perlu buat apa-apa just hantar je email sekarang!!!

2. 3 pembaca BeautifulNara yang hadir ke majlis perasmian HiDY store esok dan berjumpa dengan Abang Nara pada jam 12 tengah hari, akan mendapat hadiah misteri. Mungkin dapat kasut CIPELA, mungkin dapat HiDY tunic dan macam-macam lagilah. Korang cuma perlu ambil gambar dengan Abang Nara dan upload di Instagram dengan hashtag #hidystore dan tag @hidycollection @cipelashoes, Senang je kan?

3. Dan untuk 10 lagi pembaca BeautifulNara yang datang ke HiDY store pada 1 atau 2 Mac ini, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri. Cuma perlu hantar email ke [email protected] untuk mendapatkan kod yang perlu ditunjukkan apabila anda hadir ke sana. Senang sangat. Hantar email sekarang so Abang Nara boleh bagi terus kat korang kodnya.

cipela

Abang Nara berani jamin korang akan berpuas hati dan gembira dengan pilihan kasut, pakaian dan fesyen yang bakal dijual di HiDY store esok. Dengar cerita ada diskaun sehingga 70%. Tunggu apa lagi? Jom lah ke sana beramai-ramai. Abang Nara pun akan ada di sana esok. Kita jumpa di sana ye. Nanti mana tahu Abang Nara boleh pujuk Hidayah untuk bagi hadiah misteri lagi kat korang. See you guys!!!

P.S: Kalau korang datang silalah guna tag @hidycollection @cipelashoes dan guna hashtag #hidystore, #hidycollection, #cipelashoes di laman sosial korang untuk memeriahkan lagi suasana.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...