“’Karya’ Adalah Single Bahasa Melayu Saya Yang Pertama” – Poova Kecewa Ditolak Program TV

Hiburan

“’Karya’ Adalah Single Bahasa Melayu Saya Yang Pertama” – Poova Kecewa Ditolak Program TV

Penyanyi Poova mendedahkan bahawa dia pernah kecewa dengan tindakan pengendali sebuah program televisyen yang menolak lagu berbahasa Melayu pertamanya yang berjudul Karya.

Iqbal
4 minggu lalu

Pernah Dihalau Kebasahan Di Tengah Rintik Hujan, Iqbal Namakan Single Lagu Baru Sebagai 'Hujan'

Advertisement

Poova atau nama sebenarnya Poovanesvary Sri Rama berkata pihak berkenaan mengklasifikasikan lagu ciptaan Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Rahmat itu sebagai tidak memenuhi kriteria.

Poova, 40, tahu bukan mudah untuk tembus carta tetapi dia meminta pihak berkenaan untuk beri alasan yang kukuh. Bila disoal kriteria apa yang mereka maksudkan, tiada jawapan.

Advertisement

Sekurang-kurangnya maklumkan kepada kami dimana kelemahannya supaya ia dapat diperbaiki di masa akan datang.

Penyanyi lagu Better Belive Me mengakui kekecewaan dialaminya itu tidak mematahkan semangatnya untuk tampil menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu pada masa akan datang.

Poova

Sepanjang penglibatan 11 tahun sebagai penyanyi, Poova sinonim menyanyikan dan menghasilkan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Karya adalah single bahasa Melayu saya yang pertama. Namun, dia menganggap mungkin tidak ada rezeki untuk lagu itu dipertandingkan dalam carta muzik tempatan.

Selepas kecewa dan tertekan, saya bangkit selepas berhari-hari. Semua ini, saya anggap sebagai suka duka seorang anak seni.

Video muzik lagu Karya yang sudah hampir setahun ditayangkan di platform Youtube meraih hampir 8,000 jumlah tontonan. Rata-rata penonton menyambut baik lagu tersebut dan memuji kebolehan vokal Poova dalam menyanyikannya.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    November 1, 2021 at 11:11 am

    its ok u rich girl !

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...