Sedia maklum, baru-baru ini pengacara Awal Ashaari mengaku tidak bersalah atas kesalahan dituduh melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.
Susulan hal yang berlaku, selebriti sensasi Zarina Anjoulie sempat memberi pandangannya mengenai perkara itu dengan meminta untuk tidak terlalu beria menjatuhkan orang lain.
Di dalam ciapan yang dilakukan oleh Zarina ataupun lebih mesra dikenali sebagai Anju itu, dia mendakwa Awal sebelum ini pernah mengkritik rakan karibnya iaitu peguam Nurul Hafidzah Hassan dan menganggap ia merupakan karma buat pengacara itu.
hari tu awal was goin all out for my bff @hafidzahhassan1 . karma is real. let’s all stay humble next time tak perlu beria nk jatuh kan org nk memburukkan org cuz we don’t know bila kita pulak akan jatuh . pic.twitter.com/YVeBc8AmFT
— zarina anjoulie (@ZarinaAnjoulie_) May 24, 2022
Tambahannya lagi, dia titip juga pesanan bahawa tidak terlalu menjatuhkan orang lain kerana satu hari balasan pasti akan diterima semula pada diri sendiri.
Sekadar info, Awal Ashaari berdepan dengan tuduhan merosakkan palang milik pengurusan sebuah perumahan dan dianggarkan kerugian sebanyak RM600 bulan lalu.
Dalam pada itu, dia turut didakwa mengikut Seksyen 247 Kanun Keseksaan kerana membuat pengkhianatan yang bolehkan dirinya dipenjara selama tidak kurang dari setahun atau lebih dari lima tahun atau dikenakan dua-duanya sekali jika terbukti bersalah.