February 23rd, 2016

Jumaat lepas merupakan hari yang cukup bermakna buat Eina Azman apabila dikurniakan sepasang anak kembar yang sungguh comel.

Eina melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.05 petang dan diikuti bayi perempuan beberapa minit kemudian.

Ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui nama anak kembar Eina bukan? Melalui satu perkongsian oleh aktres Rebecca Islam di akaun Instagram miliknya, Eina telah memilih nama Karl Kareef dan Adrianna Aubrey buat cahaya mata beliau.

Nama kembar itu jelas kelihatan pada tag yang ditampal di baby coat masing-masing.

Selain Rebecca beberapa rakan artis lain seperti Emma Maembong dan Mawar Rashid sempat untuk melawat Eina di hospital.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Eina dan suami, semoga dengan kehadiran anak kembar mereka ini dapat menyerikan lagi rumah tangga mereka.


Comments are closed.

Loading...